KEJOHANAN PAINTBALL HULU KELANG 2010

Piala ADUN Hulu Kelang | Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia

ad

Maklumat Lanjut:Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia 2010




Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Kejohanan Paintball Hulu Kelang 2010 "Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia 2010":

Maklumat penyertaan
  1. Sepasukan : 6 orang
  2. Umur peserta : 18 tahun ke atas
  3. Yuran penyertaan : RM300 sepasukan
  4. Tarikh tutup penyertaan : 8 Mei 2010
  5. Hadiah
  • Johan : Wang tunai RM1,000 + Piala Kejohanan + Plak
  • Naib Johan : Wang tunai RM600 + Plak
  • Ketiga : Wang tunai RM500 + Plak
  • Keempat : Wang tunai RM400 + Plak
  • Kelima hingga kelapan : Plak

Maklumat Teknikal

  1. Saiz padang (court Paintball) : 90' x 90'
  2. Pertandingan : 6 sebelah
  3. Kelengkapan disediakan oleh penganjur : Marker, Palette, Safety Mask
  4. Palette diberi 50-100 biji setiap perlawanan
  5. Format pertandingan secara Liga, 1 kumpulan 4 pasukan. Juara layak ke peringkat seterusnya

Prosedur pendaftaran

  1. Dapatkan borang penyertaan di sini
  2. Bank-in yuran penyertaan ke Akaun Maybank Islamic 564799109311 (Kelab Belia Amal Gombak)
  3. Fax borang penyertaan dan slip pembayaran ke 03-6185 5545 (u/p: Azwan @ Aafif @ Muhaimin)

1 comments:

zack said...

salam sejahtera,moga apa saja usaha daripada DPP amat saya hargai terutama dalam mengimarahkan program untuk anak2 muda.namunbegitu,saya agak kecewa dan malu apabila dimaklumkan oleh sahabat2 yang turut berada sewaktu kejohanan samada sebagai pemain mahupun penonton.

sebelum saya huraikan dengan panjang.sy ingin memberikan takrifan mengenai beberapa perkara penting dalam sosiologi sukan
1.main=aktiviti samada fizikal atau bukan yang dilakukan untuk tujuan bersuka.
2.permainan=aktiviti samada fizikal atau bukan yang dilakukan untuk tujuan bersuka dengan seliaan dan pengawasan aturan yang ditetapkan.
3.sukan=aktiviti fizikal dengan aturan yg ditetapkan serta bertujuan untuk memperoleh sesuatu iaitu kemenangan....

setiap permainan atau apa sahja aktiviti yg melibatkan 2 orang dan lebih pasti ada peraturan atau tatasusila untuk melakukannya.

justeru,sama seperti permainan atau sukan seperti bolasepak, badminton dll. seperti perminaan bolasepak, penganjur perlu menyediakan padang,garisan,pengadil,tiang gol dan sebagainya seperti dituntut oleh badan induk sukan itu dimalaysia iaitu FAM.begitu juga dengan sukan badminton(BAM),dll.tidak terkecuali sukan paintball (NPF-National Painball Federation)

jadi,untuk memenuhi tuntutan dan keperluan setiap penganjuran sukan pada kebiasaannya penganjur perlu mendapat sokongan daripada persatuan2 tempatan dalam menguruskan aspek teknikal sukan2 tersebut....apatah lagi sukan paintball yang melibatkan keselamatan.....(ini kerana pallet sangat berbahaya kepada kesihatan dan boleh membawa kepada kecederaan serius seperti buta atau mengancam nyawa....bukan sahaja pemain malah penonton)oleh sebab itu,sukan painball ini diberi pengawasan oleh KBS kepada badan organisasi pengurusan peringkat nasional untuk mengawal selia sebarang penganjuran sukan ini iaitu NPF.

sekiranya sukan seperti bolasepak tiada wakil FAM atau FAS mungkin tidak menjadi isu besar....tetapi sukan paintball perlu marshall (pengadil) yang bertauliah....serta event coordinator atau consultant yang punyai lesen dan pengalaman.....hal ini kerana permainan ini melibatkan keselamatan yang tinggi.isu keselamatan pertandingan ini seringkali dibincangkan didalam beberapa konvensyen sukan ini diperingkat dunia.setiap kali konvensyen berlangsung ia akan menghasilkan satu idea baru mengenai keselamatan untuk saban tahun....maksudnya setiap tahun tahap keselamatan akan lebih baik....

memang tidak dinafikan penganjuran sukan mempunyai impak kepada sosiobudaya serta ekonomi.atas sebab itu,banyak negara berebut2 untuk menganjurkan sukan2 bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik,Piala Dunia (bolasepak),Piala Thomas (badminton) dsb.begitujuga,penganjuran kejohanan painball yg dianjurkan oleh DPP beberapa hari yang lalu.mengkin agendanya untuk menyatukan golongan pemuda dan mendekatkan diri (DPP) dengan masyarakat golongan paintballis....

memang bagus niat dan iltizam DPP itu,akan tetapi sebenarnya setiap penganjuran sukan dan permainan perlu mendapatkan kelulusan atau kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan. pejabat Pesuruhjaya Sukan terletak di bangunan kompleks renang MSN, BUkit Jalil. dan sebarang penganjuran sukan samada bersifat kelompok apatahlagi kejohanan-kejohanan terbuka perlu mendapatkan persetujuan Organisasi2 sukan atau permainan yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya Sukan...(utk sukan paintball=NPF)

sepatutnya DPP dapatkan surat 'sanction' atau surat kebenaran daripada organisasi paintball kebangsaan iaitu NPF (national paintball federation)

(bersambung)
MOHD ZAIHAN M ZAINAL
S/U PKR CABANG PARIT SULONG
BSc Sports Science (Hons),Dip in Health & Fitness
0133809717
http://galaksisukan.blogspot.com/

Post a Comment

ad

ADUN Hulu Kelang - YB Haji Saari Sungib

Tanya kami


ShoutMix chat widget

Borang Pendaftaran